Find Us On Social Media :

Senang Dikaruniai Anak Pertama, Siti Nurhaliza Bagikan Suara Tangis Sang Anak!

By Siti Umaiya, Rabu, 21 Maret 2018 | 19:34 WIB

Siti Nurhaliza (instagram)

"Kenyataan Rasmi:

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Baca Juga: Make Up Artis Ayu Ting Ting Sindir Penyanyi Dangdut Lagi, Sindir Siapa Sih?

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. A

pa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Baca Juga: Benci dengan Penonton Alay saat manggung di Banten, Anji Curhat di Instagram!

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus."

Artikel ini telah tayang di Tribunstyle.com dengan judul Dikaruniai Anak Perempuan, Siti Nurhaliza Unggah Video Pertama Bayinya!