Grid.ID - Pilkada Jakarta, hebohnya sampai Malaysia loh.
Beberapa media disana, ramai memberitakan pertarungan 2 calon gurbernur Jakarta.
Salah satunya seperti www.utusan.com.my.
Dalam headlinenya, website tersebut memberikan judul seperti ini.
(BACA JUGA : Anies-Sandi Bukan Pilihan Luna Maya, Makanya Kalau Mereka Menang Ini yang Dilakukan)
"Ahok Tewas di Tangan Anies", gawat banget nih judul.
Isi beritanya kurang lebih kaya gini deh.
Bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan mendahului pencabarnya, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja dengan 58 peratus pungutan undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung hari ini.
Ahok menerima 42 peratus undian dalam keputusan tidak rasmi berdasarkan pengiraan awal oleh pusat pemantau pengundian swasta, Indikator Politik melalui 100 peratus undi yang dikira.
Anies, 47, dan Ahok, 50, memerlukan majoriti mudah untuk memenangi pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Negara hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal bulan depan.
Dalam pada itu, pilihan raya berkenaan berjalan lancar manakala pihak polis menahan seramai 15 individu yang cuba menimbulkan kekacauan di beberapa pusat pengundian di bandar raya ini yang mempunyai 10 juta penduduk.
Kira-kira 7.2 juta warga kota ini memilih calon masing-masing dalam pilihan raya itu yang disifatkan ‘paling kotor, memecah belahkan dan berpuak-puak’ oleh portal Jakarta Post.
Pusat-pusat pengundian ditutup pukul 1 tengah hari sebaik sahaja pengundi selesai melaksanakan tanggungjawab mereka manakala kawalan keselamatan di pusat-pusat pengundian itu dikatakan ‘longgar’ walaupun polis memaklumkan 66,000 anggotanya telah ditempatkan di seluruh ibu kota ini.
Pusingan pertama pilihan raya berkenaan yang turut dikenali sebagai Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta telah berlangsung bulan Februari lalu.
Namun pusingan kedua terpaksa diadakan berikutan tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
Pada pusingan pertama Ahok dan pasangannya, Djarot Saiful Hidayat mendahului pungutan undi sebanyak 44.17 peratus dan Anies dan Sandiaga Salahuddin Uno menerima 39.55 peratus undi.
Anak sulung bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyon, Agus Harimurti Yudhoyono hanya mendapat 16.27 peratus undi seterusnya terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua.
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, pihaknya menahan dan memeriksa kenderaan yang menuju ke bandar raya ini bagi memastikan tiada ‘pergerakan besar-besaran ke ibu kota ini’.
Di Jawa pula pihak polis turut mengadakan pemeriksaan terhadap kenderaan persendirian dan bas awam yang menuju ke Jakarta bagi mengesan objek tajam dan bahan letupan.
Pilihan raya berkenaan dicemari dengan pelbagai insiden termasuk tunjuk perasaan besar-besaran yang disertai lebih 100,000 penduduk Islam yang membantah pencalonan Ahok kerana didakwa menghina al-Quran.(*)
Gagal Move On dan Tak Terima sang Mantan Pacar Sudah Punya Kekasih Baru, Pria Ini Culik sang Wanita tapi Keciduk Polisi, Begini Akhirnya