Sang penyanyi juga ungkap bahwa pria tersebut sosok yang berjasa dalam hidupnya.
Ia pun pilu lantaran kehilangan sosok pria yang berjasa dalam hidupnya itu.
"Seorang sahabat media yang saya kenali sejak dari awal bergelar artis, sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau menjadi wartawan dan tentunya kita kehilangan sosok tokoh senior dalam bidang ini.
Saya dan suami sempat menziarahi allahyarham di hospital, saya bawakan air zam-zam (baru pulang dari Mekah ketika itu), berada bersama-sama beliau dan berbual -bual sekitar 1 jam.
Meskipun sakit, beliau tetap tersenyum dan bercerita pengalaman-pengalaman kami bersama sepanjang saling bekerjasama.
Allahyarham juga turut mendapat bantuan daripada Yayasan Nurjiwa sewaktu pihak kami mengadakan majlis berbuka puasa (infaq Ramadan) dan beliau diwakili rakan wartawan untuk menerima sumbangan tersebut.
Sewaktu melawat beliau, kami juga sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan (upah) badal haji buat Allahyarham.
Doakan agar urusan badal haji allahyarham dapat pihak kami sempurnakan.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan Allah menempatkan allahyarham di syurga.
Semoga urusan pengebumian allahyarham juga berjalan lancar," pungkasnya.
(*)
Larang Ayah Rozak Jadi Calon Wali Kota Depok, Ayu Ting Ting Ngaku Tolak Tawaran Terjun ke Dunia Politik, Ternyata ini Alasannya
Source | : | Instagram,GridHot.ID,Wiken.ID |
Penulis | : | Fidiah Nuzul Aini |
Editor | : | Fidiah Nuzul Aini |